Bersantai sambil memerhati flora yang terdapat di sekitar ALA Agro Park. Ohh.. nyaman dan tenang sekali.
Thursday, 7 February 2013
Saturday, 2 February 2013
Satria Penjaga Ladang
Sejak kebelakangan ini banyak kecurian berlaku di Kampong Senak. Petani merungut apabila berlaku kecurian pam air dan sebagainya. Ada juga yang hilang binatang peliharaan seperti lembu, biri-biri dan kambing.
Kawasan ALA Agro Park yang seluas 50 ekar sebelum ini dijaga oleh dua orang pekerja secara bergilir-gilir. Sejak semakin banyak kecurian berlaku di luar kawasan ALA Agro Park, pihak pengurusan telah menambah seekor jaga yang bernama Satria, iaitu seekor anjing Rottweiller yang telah dilatih oleh Kittun Kennel.
Keputusan mengambil Satria dibuat setelah merujuk kepada ulamak tentang hukum menggunakan anjing untuk tujuan menjaga ladang.
Monday, 21 January 2013
Lembu Fidlot
ALA Agro Park sedang membina kandang untuk menternak lembu secara
fidlot. Fidlot ialah mentemak lembu pedaging secara sentiasa berkurung
dengan memberi makanan yang bermutu serta air secukupnya untuk membesar dan
menggemukkan lembu dalam masa yang singkat.
Mentemak lembu secara fidlot boleh dipertimbangkan sekiranya sudah
dikenalpasti dan ditentukan sumber makanan lembu yang bermutu dengan harga yang
berpatutan, bekalan lembu pengganti (feeder) yang sesuai dan tempat untuk
pasaran. la fidak memerlukan kawasan tanah yang luas. Sumber makanan lembu
di ALA Agro Park ialah rumput Napier, rumput minyak dan bahan daripada pokok jagung.
Menternak lembu fidlot perlu ada sistem:
- Sekali
masuk sekali keluar - memelihara sekumpulan lembu sahaja sehingga tamat
penggemukan. Selepas dijual habis barulah dimasukkan kumpulan baru. Anak
lembu jantan yang muda beratnya kira-kira 150 -200 kg digemukkan di dalam
kandang. Dalam masa tidak lebih 6 bulan, lembu itu akan mencapai berat
antara 330 - 350 kg. dan boleh dijual untuk disembelih.
- Masuk
keluar berterusan - memelihara beberapa kumpulan lembu secara
berperingkat-peringkat berterusan mengikut tempoh tertentu, misalnya
tiap-tiap bulan. Jumlah temakan akan tetap apabila semua peringkat
kumpulan telah dipenuhi.
Bekalan lembu tempatan yang sesuai untuk diternak secara fidlot
adalah terhad. Satu cara untuk mendapatkan bekalan satu kumpulan lembu
pengganti yang sama besar ialah melalui import. Kandang dan kemudahan yang
kukuh serta pemberian makanan dan air yang cukup adalah faktor utama kejayaan.
Sumber rujukan: http://www.dvs.gov.my/web/guest/fidlot
Bersantai di Pantai Senak
ALA Agro Park terletak berhampiran Pantai Senak. Udara nyaman dan desiran angin laut memberikan ketenangan jiwa dan dapat menghilangkan penat bekerja di ladang.
Saturday, 19 January 2013
Kelapa
ALA Agro Park merancang untuk menanam pokok kelapa Pandan dan kelapa Matag untuk lanskap dan mendapatkan hasil buah kelapa. Setakat ini 100 biji kelapa Pandan dan kelapa Matag telah ditanam.
Apakah kelebihan air kelapa muda? Ia dianggap lebih berkhasiat berbanding susu lembu kerana kandungan lemaknya rendah dan ia tiada kolesterol. Ia lebih berkhasiat berbanding jus oren kerana kalorinya jauh lebih rendah. Ia juga lebih baik dari susu bayi yang diproses kerana ia mengandungi asid laurik yang wujud dalam susu ibu yang asli. Ia juga adalah penderma darah yang universal kerana sifatnya yang serupa dengan plasma darah manusia. Ia adalah minuman isotonik asli, tahapnya sama dengan apa yang ada dalam darah orang yang sihat.
7 kegunaan air kelapa muda:
- Tanda-tanda keracunan - Muntah, pening, cirit-birit, sakit perut, badan lemah dan gatal-gatal atau ditumbuhi bintik-bintik merah. Hanya minum air kelapa muda sebiji.
- H1N1 dan selesema burung - Air kelapa muda dicampur dengan madu dan kurma.
- Keracunan cendawan - Air kelapa muda hendaklah dicampur dengan satu sudu makan madu asli. la juga amat mujarab untuk mengubati pelbagai penyakit dan melegakan kesan-kesan mabuk akibat keracunan makanan seperti cendawan, udang, ketam dan jering.
- Demam campak, demam kuning dan demam panas - Untuk demam panas, ia hendaklah dicampur dengan jus limau nipis.
- Buang racun - Selain bekam, minum air kelapa muda boleh membuang racun dalam darah.
- Ibu mengandung - Ibu yang sedang mengandung perlu kerap minum air kelapa muda. Air kelapa ini dipercayai dapat membersihkan janin di dalam rahim dan memudahkan kelahiran bayi, menjadi bersih, tiada kurap dan sebagainya.
- Colitis, luka, cirit-birit, disentri, dan buasir - Air kelapa juga dapat mengatasi kerosakan sistem saluran pecernaan seperti mengurangkan gas, mual, dan sakit perut.
----------------------------
Pantun kelapa
Subur tumbuhnya pohon kelapa,
Buahnya banyak bertali-tali,
Turutlah kata ibu dan bapa,
Bercakap besar jangan sekali
Pokok Pinang banyak buahnya
Pokok kelapa banyak daunnya
Lain dulang lain kakinya
Lain orang lain hatinya
Tinggi menjulang pokok kelapa
Buahnya lebat manis airnya
Bila kah masa dapat bersua
Akan ku turut walau di mana
Terang bulan di malam sepi
Cahaya memancar ke pokok kelapa
Hidup di dunia buatlah bakti
Kepada saudara ibu dan bapa
Sunday, 13 January 2013
Rumput napier
Induk-induk lembu di ALA Agro Park dibiarkan meragut bebas di kawasan seluas 20 ekar. Rumput Napier ditanam di kawasan seluas 10 ekar. Lembu diberi makan rumput napier di waktu petang sahaja. Rumput Napier kaya dengan serat dan vitamin menjadikan lembu-lembu kami sihat dan subur. Beberapa ekor induk sudah mengandung, dan ada yang menanti hari untuk beranak.
Sesiapa yang berminat untuk membeli benih rumput Napier sila hubungi alaagropark@gmail.com
Tanam jagung
Sebaik sahaja musim tengkujuh berlalu, ALA Agro Park telah mula menanam jagung manis dalam kawasan seluas 10 ekar.
| Menanam jagung bersama keluarga dihujung minggu. |
| Syoknya menanam jagung |
Tanaman jagung banyak sekali gunanya, sebab hampir seluruh bahagian tanaman dapat dimanfaatkan untuk berbagai macam keperluan antara lain:
- Batang dan daun muda: makanan ternak
- Batang dan daun tua: kompos
- Batang jagung: pulp (bahan kertas)
- Buah jagung muda: sayuran
- Biji jagung tua: Jagung merupakan sumber terbaik zat dan vitamin yang biasanya hanya ditemui dalam sayuran.
Amalan memakan jagung boleh menguatkan tulang, gigi, rambut dan hati. Ia juga boleh menurunkan tekanan darah dan kandungan gula dalam darah, melancarkan pengaliran darah serta melawaskan kencing. Jagung juga mengandungi karbohidrat yang memberikan tenaga kepada tubuh. Ia sesuai dijadikan makanan semasa berdiet kerana sifatnya yang bebas lemak, kolestrol dan rendah kalori.
Menurut kajian saintis makanan dari Universiti Cornell New York, USA, jagung yang dimasak sama ada dikukus, direbus atau dibakar, membebaskan zat yang cukup iaitu sebatian phenolik yang dipanggil asid ferulik untuk mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung.
Nama saintifik jagung ialah zea mays. Walaupun sering dikaitkan dengan warna kuning, sebenarnya terdapat pelbagai varieti jagung yang terdiri daripada warna yang berbeza. Ini termasuklah merah, merah jambu, hitam, ungu dan biru.
Pekerja sambilan diperlukan untuk merumput, membaja dan mengutip hasil jagung (corn picking). Sesiapa berminat hubungi alaagropark@gmail.com
Subscribe to:
Posts (Atom)










