Saturday 19 January 2013

Kelapa

ALA Agro Park merancang untuk menanam pokok kelapa Pandan dan kelapa Matag untuk lanskap dan mendapatkan hasil buah kelapa. Setakat ini 100 biji kelapa Pandan dan kelapa Matag telah ditanam.




Apakah kelebihan air kelapa muda? Ia dianggap lebih berkhasiat berbanding susu lembu kerana kandungan lemaknya rendah dan ia tiada kolesterol. Ia lebih berkhasiat berbanding jus oren kerana kalorinya jauh lebih rendah. Ia juga lebih baik dari susu bayi yang diproses kerana ia mengandungi asid laurik yang wujud dalam susu ibu yang asli. Ia juga adalah penderma darah yang universal kerana sifatnya yang serupa dengan plasma darah manusia. Ia adalah minuman isotonik asli, tahapnya sama dengan apa yang ada dalam darah orang yang sihat. 

7 kegunaan air kelapa muda:

  1. Tanda-tanda keracunan - Muntah, pening, cirit-birit, sakit perut, badan lemah dan gatal-gatal atau ditumbuhi bintik-bintik merah. Hanya minum air kelapa muda sebiji.
  2. H1N1 dan selesema burung - Air kelapa muda dicampur dengan madu dan kurma.
  3. Keracunan cendawan - Air kelapa muda hendaklah dicampur dengan satu sudu makan madu asli. la juga amat mujarab untuk mengubati pelbagai penyakit dan melegakan kesan-kesan mabuk akibat keracunan makanan seperti cendawan, udang, ketam dan jering.
  4. Demam campak, demam kuning dan demam panas - Untuk demam panas, ia hendaklah dicampur dengan jus limau nipis.
  5. Buang racun - Selain bekam, minum air kelapa muda boleh membuang racun dalam darah.
  6. Ibu mengandung - Ibu yang sedang mengandung perlu kerap minum air kelapa muda. Air kelapa ini dipercayai dapat membersihkan janin di dalam rahim dan memudahkan kelahiran bayi, menjadi bersih, tiada kurap dan sebagainya.
  7. Colitis, luka, cirit-birit, disentri, dan buasir - Air kelapa juga dapat mengatasi kerosakan sistem saluran pecernaan seperti mengurangkan gas, mual, dan sakit perut.

----------------------------
Pantun kelapa

Subur tumbuhnya pohon kelapa,
Buahnya banyak bertali-tali,
Turutlah kata ibu dan bapa,
Bercakap besar jangan sekali

Pokok Pinang banyak buahnya
Pokok kelapa banyak daunnya
Lain dulang lain kakinya
Lain orang lain hatinya

Tinggi menjulang pokok kelapa
Buahnya lebat manis airnya
Bila kah masa dapat bersua
Akan ku turut walau di mana

Terang bulan di malam sepi
Cahaya memancar ke pokok kelapa
Hidup di dunia buatlah bakti
Kepada saudara ibu dan bapa


1 comment: