Sunday 13 January 2013

Tanam jagung

Sebaik sahaja musim tengkujuh berlalu, ALA Agro Park telah mula menanam jagung manis dalam kawasan seluas 10 ekar. 

Menanam jagung bersama keluarga dihujung minggu.

Syoknya menanam jagung
Tanaman jagung banyak sekali gunanya, sebab hampir seluruh bahagian tanaman dapat dimanfaatkan untuk berbagai macam keperluan antara lain:
  1. Batang dan daun muda: makanan ternak
  2. Batang dan daun tua: kompos
  3. Batang jagung: pulp (bahan kertas)
  4. Buah jagung muda: sayuran
  5. Biji jagung tua:  Jagung merupakan sumber terbaik zat dan vitamin yang biasanya hanya ditemui dalam sayuran. 
Amalan memakan jagung boleh menguatkan tulang, gigi, rambut dan hati. Ia juga boleh menurunkan tekanan darah dan kandungan gula dalam darah, melancarkan pengaliran darah serta melawaskan kencing. Jagung juga mengandungi karbohidrat yang memberikan tenaga kepada tubuh. Ia sesuai dijadikan makanan semasa berdiet kerana sifatnya yang bebas lemak, kolestrol dan rendah kalori. 

Menurut kajian saintis makanan dari Universiti Cornell New York, USA, jagung yang dimasak sama ada dikukus, direbus atau dibakar, membebaskan zat yang cukup iaitu sebatian phenolik yang dipanggil asid ferulik untuk mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung. 

Nama saintifik jagung ialah zea mays. Walaupun sering dikaitkan dengan warna kuning, sebenarnya terdapat pelbagai varieti jagung yang terdiri daripada warna yang berbeza. Ini termasuklah merah, merah jambu, hitam, ungu dan biru.

Pekerja sambilan diperlukan untuk merumput, membaja dan mengutip hasil jagung (corn picking). Sesiapa berminat hubungi alaagropark@gmail.com

No comments:

Post a Comment