Monday, 21 January 2013

Lembu Fidlot


ALA Agro Park sedang membina kandang untuk menternak lembu secara fidlot. Fidlot ialah mentemak lembu pedaging secara sentiasa berkurung dengan memberi makanan yang bermutu serta air secukupnya untuk membesar dan menggemukkan lembu dalam masa yang singkat.







Mentemak lembu secara fidlot boleh dipertimbangkan sekiranya sudah dikenalpasti dan ditentukan sumber makanan lembu yang bermutu dengan harga yang berpatutan, bekalan lembu pengganti (feeder) yang sesuai dan tempat untuk pasaran. la fidak memerlukan kawasan tanah yang luas. Sumber makanan lembu di ALA Agro Park ialah rumput Napier, rumput minyak dan bahan daripada pokok jagung.

Menternak lembu fidlot perlu ada sistem:
  1. Sekali masuk sekali keluar - memelihara sekumpulan lembu sahaja sehingga tamat penggemukan. Selepas dijual habis barulah dimasukkan kumpulan baru. Anak lembu jantan yang muda beratnya kira-kira 150 -200 kg digemukkan di dalam kandang. Dalam masa tidak lebih 6 bulan, lembu itu akan mencapai berat antara 330 - 350 kg. dan boleh dijual untuk disembelih.
  2. Masuk keluar berterusan - memelihara beberapa kumpulan lembu secara berperingkat-peringkat berterusan mengikut tempoh tertentu, misalnya tiap-tiap bulan. Jumlah temakan akan tetap apabila semua peringkat kumpulan telah dipenuhi.

Bekalan lembu tempatan yang sesuai untuk diternak secara fidlot adalah terhad. Satu cara untuk mendapatkan bekalan satu kumpulan lembu pengganti yang sama besar ialah melalui import. Kandang dan kemudahan yang kukuh serta pemberian makanan dan air yang cukup adalah faktor utama kejayaan.

Sumber rujukan: http://www.dvs.gov.my/web/guest/fidlot



Bersantai di Pantai Senak

ALA Agro Park terletak berhampiran Pantai Senak. Udara nyaman dan desiran angin laut memberikan ketenangan jiwa dan dapat menghilangkan penat bekerja di ladang.









Saturday, 19 January 2013

Kelapa

ALA Agro Park merancang untuk menanam pokok kelapa Pandan dan kelapa Matag untuk lanskap dan mendapatkan hasil buah kelapa. Setakat ini 100 biji kelapa Pandan dan kelapa Matag telah ditanam.




Apakah kelebihan air kelapa muda? Ia dianggap lebih berkhasiat berbanding susu lembu kerana kandungan lemaknya rendah dan ia tiada kolesterol. Ia lebih berkhasiat berbanding jus oren kerana kalorinya jauh lebih rendah. Ia juga lebih baik dari susu bayi yang diproses kerana ia mengandungi asid laurik yang wujud dalam susu ibu yang asli. Ia juga adalah penderma darah yang universal kerana sifatnya yang serupa dengan plasma darah manusia. Ia adalah minuman isotonik asli, tahapnya sama dengan apa yang ada dalam darah orang yang sihat. 

7 kegunaan air kelapa muda:

  1. Tanda-tanda keracunan - Muntah, pening, cirit-birit, sakit perut, badan lemah dan gatal-gatal atau ditumbuhi bintik-bintik merah. Hanya minum air kelapa muda sebiji.
  2. H1N1 dan selesema burung - Air kelapa muda dicampur dengan madu dan kurma.
  3. Keracunan cendawan - Air kelapa muda hendaklah dicampur dengan satu sudu makan madu asli. la juga amat mujarab untuk mengubati pelbagai penyakit dan melegakan kesan-kesan mabuk akibat keracunan makanan seperti cendawan, udang, ketam dan jering.
  4. Demam campak, demam kuning dan demam panas - Untuk demam panas, ia hendaklah dicampur dengan jus limau nipis.
  5. Buang racun - Selain bekam, minum air kelapa muda boleh membuang racun dalam darah.
  6. Ibu mengandung - Ibu yang sedang mengandung perlu kerap minum air kelapa muda. Air kelapa ini dipercayai dapat membersihkan janin di dalam rahim dan memudahkan kelahiran bayi, menjadi bersih, tiada kurap dan sebagainya.
  7. Colitis, luka, cirit-birit, disentri, dan buasir - Air kelapa juga dapat mengatasi kerosakan sistem saluran pecernaan seperti mengurangkan gas, mual, dan sakit perut.

----------------------------
Pantun kelapa

Subur tumbuhnya pohon kelapa,
Buahnya banyak bertali-tali,
Turutlah kata ibu dan bapa,
Bercakap besar jangan sekali

Pokok Pinang banyak buahnya
Pokok kelapa banyak daunnya
Lain dulang lain kakinya
Lain orang lain hatinya

Tinggi menjulang pokok kelapa
Buahnya lebat manis airnya
Bila kah masa dapat bersua
Akan ku turut walau di mana

Terang bulan di malam sepi
Cahaya memancar ke pokok kelapa
Hidup di dunia buatlah bakti
Kepada saudara ibu dan bapa


Sunday, 13 January 2013

Rumput napier

Induk-induk lembu di ALA Agro Park dibiarkan meragut bebas di kawasan seluas 20 ekar. Rumput Napier ditanam di kawasan seluas 10 ekar. Lembu diberi makan rumput napier di waktu petang sahaja. Rumput Napier kaya dengan serat dan vitamin menjadikan lembu-lembu kami sihat dan subur. Beberapa ekor induk sudah mengandung, dan ada yang menanti hari untuk beranak.








Sesiapa yang berminat untuk membeli benih rumput Napier sila hubungi alaagropark@gmail.com

Tanam jagung

Sebaik sahaja musim tengkujuh berlalu, ALA Agro Park telah mula menanam jagung manis dalam kawasan seluas 10 ekar. 

Menanam jagung bersama keluarga dihujung minggu.

Syoknya menanam jagung
Tanaman jagung banyak sekali gunanya, sebab hampir seluruh bahagian tanaman dapat dimanfaatkan untuk berbagai macam keperluan antara lain:
  1. Batang dan daun muda: makanan ternak
  2. Batang dan daun tua: kompos
  3. Batang jagung: pulp (bahan kertas)
  4. Buah jagung muda: sayuran
  5. Biji jagung tua:  Jagung merupakan sumber terbaik zat dan vitamin yang biasanya hanya ditemui dalam sayuran. 
Amalan memakan jagung boleh menguatkan tulang, gigi, rambut dan hati. Ia juga boleh menurunkan tekanan darah dan kandungan gula dalam darah, melancarkan pengaliran darah serta melawaskan kencing. Jagung juga mengandungi karbohidrat yang memberikan tenaga kepada tubuh. Ia sesuai dijadikan makanan semasa berdiet kerana sifatnya yang bebas lemak, kolestrol dan rendah kalori. 

Menurut kajian saintis makanan dari Universiti Cornell New York, USA, jagung yang dimasak sama ada dikukus, direbus atau dibakar, membebaskan zat yang cukup iaitu sebatian phenolik yang dipanggil asid ferulik untuk mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung. 

Nama saintifik jagung ialah zea mays. Walaupun sering dikaitkan dengan warna kuning, sebenarnya terdapat pelbagai varieti jagung yang terdiri daripada warna yang berbeza. Ini termasuklah merah, merah jambu, hitam, ungu dan biru.

Pekerja sambilan diperlukan untuk merumput, membaja dan mengutip hasil jagung (corn picking). Sesiapa berminat hubungi alaagropark@gmail.com

Saturday, 5 January 2013

Baka Lembu Pedaging


Baka-baka yang biasa dipelihara untuk daging di Malaysia adalah:

  1. Kedah Kelantan (K-K)
  2. Kacukan Komersial Australia (Australian Commercial Cross)
  3. Kacukan Friesian-Sahiwal (Mafriwal) 
  4. Local Indian Dairy (LID)
  5. Droughtmaster
Selain dari itu, beberapa baka lembu pedaging yang terkenal ada dipelihara di luar negeri, di antaranya ialah:
  1. Hereford 
  2. Angus
  3. Charolais 
  4. Shorthorn
  5. Simmental 

Baka-baka yang berpotensial untuk pengeluaran daging dari segi prestasi dan kemudahan mendapatkan bekalan di negara ini ialah :
  1. Kacukan Komersial dari Australia 
  2. Kacukan Friesian Sahiwal
  3. Droughtmaster 
  4. Kacukan Pedaging KK 
  5. Kedah Kelantan 
  6. Brahman
  7. Local Indian Dairy


Kacukan Komersial dari Australia (Australian Commercial Crosses)

Dihasilkan di Australia, hasil kacukan berbagai jenis lembu pedaging. Antara jenis-jenis yang terlibat ialah Brahman, Shorthorn dan Hereford. Lembu-lembu jantan muda dari baka ini mudah didapati dengan bilangan yang banyak, dan harga yang berpatutan.


Kacukan Friesian Sahiwal (Mafriwal)

Berwarna hitam kemerahan. Hasil kacukan antara betina jenis Friesian dan jantan jenis Sahiwal, dihasilkan di New Zealand dan Australia untuk dipelihara di Malaysia. Ia merupakan jenis duaguna yang sesuai bagi Malaysia. Boleh mengeluarkan susu 1,500-2,000 kg. Purata berat anak semasa lahir 24 kg. dan berat matang ialah 360 kg. Purata kenaikan berat badan dalam lingkungan 0.37 kg. sehari.


Droughtmaster

Hasil kacukan Brahman dengan Shorthorn, berasal dari Utara Australia. Jenis lembu daging yang sesuai dengan negara tropika ini berwarna cokelat atau merah gelap. Matang bila mencapai umur purata 630 hari. Purata umur ketika beranak pertama ialah 918 hari. Berat mencapai lebih kurang 330 kg. apabila mencapai umur 2 tahun.


Kacukan Pedaging K-K

Baka ini dihasilkan dari kacukan lembu betina baka KK dengan baka-baka pedaging seperti Hereford, Charolais, Droughtmaster, Brahman dan Simmental. Pengkacukan tersebut dibuat dengan cara permanian beradas menggunakan air mani beku dari baka-baka pejantan bermutu yang diimport.


Kedah Kelantan (K-K)

Baka lembu tempatan yang amat sesuai di negara ini kerana sifatnya yang tahan jangkitan penyakit. Ia berbadan pejal dan mempunyai berbagai warna seperti perang hitam, cokelat atau kekuningan. Anak yang dilahirkan adalah kira-kira 14- 16 kg. Kenaikan berat badan kira-kira 0.4 kg. sehari sehingga mencapai umur 2 tahun dan berat matang adalah antara 200 - 250 kg. Daging dihasilkan kira-kira 45% daripada berat badan.


Brahman

Berasal dari India dan ditingkatkan mutunya di Amerika. Berat matang lebih kurang 520 kg. bagi betina, jantan mencapai 700-900 kg. Biasanya berwarna putih, mempunyai bonggol (hump) di belakang. Sesuai untuk kerja-kerja kasar dan boleh tahan cuaca panas. Menghasilkan daging yang bermutu dan banyak (400-450 kg.). Anak dilahirkan kira-kira 22-27 kg. tetapi cepat membesar.


Local Indian Dairy (L.l.D.)

Campuran jenis-jenis Kangayan x Hallikar x Ongole daripada India. Dianggap jenis tempatan, kerana ada yang bercampur dengan darah lembu KK. Jenis susu yang boleh juga disesuaikan dengan lembu daging. Lembu baka ini berwarna di antara keputihan kepada kehitaman dan kekuningan kepada cokelat gelap. Boleh hidup dalam keadaan rumput sederhana. Tahan kutu dan jangkitan penyakit. Berat matang ialah 280 kg. Anak yang dilahirkan ialah di antara 18- 20 kg. beratnya.

_________________________________________________________________

- Dipetik daripada "Panduan Menternak Lembu Pedaging", Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia