Tak lama lagi, warga baru akan masuk untuk memeriahkan lagi suasana ladang.
Sunday, 31 March 2013
Wednesday, 20 March 2013
Lembu KK jantan semakin besar semakin mahal
Lembu fidlot di ALA Agro Park makan rumput sehari dua kali.
Lembu semakin gemuk dan harganya semakin tinggi.
Sesiapa berminat untuk membeli lembu telefon ALA Agro Park 0142907471
Lembu semakin gemuk dan harganya semakin tinggi.
Sesiapa berminat untuk membeli lembu telefon ALA Agro Park 0142907471
Wednesday, 13 March 2013
Jagung Muda / Ketiak Jagung / Baby Corn
Jagung muda / Ketiak jagung / Baby Corn untuk jualan borong dengan harga RM12 seratus batang.
Khasiat Jagung Muda/baby Corn
Segar dari ladang ALA Agro Park .
Sedia untuk jualan.
Telefon ALA Agro Park 0142907471
Khasiat Jagung Muda/baby Corn
Baby corn sangat baik untuk snek untuk tujuan penjagaan kesihatan. Jagung merupakan sumber thiamin (vitamin B1) yang sangat penting bagi kesehatan sel otak dan fungsi kognitif sebab thiamin diperlukan untuk membentuk acetylcholine yang berfungsi memaksimumkan komunikasi antara sel otak dalam proses berfikir dan konsentrasi jika kadar zat ini menurun maka akan menyebabkan pikun dan penyakit Alzheimer.
Kepikunan sering kali timbul akibat stress dan akibat tekanan beban pada otak yang menumpu, utamanya pada para pelajar. Oleh kerana itu, para remaja sebaiknya memilih jagung sebagai kudapan yang tidak hanya sekedar mengisi perut, tapi juga menyehatkan bagi otak dan tubuhnya.
Jagung juga kaya akan asid pentotenat (vitamin B5) yang berperan dalam proses metabolisme karbohidrat, protein dan lemak untuk diubah menjadi energi. Ini bererti, jagung sangat disarankan bagi pengidap obesiti.
Friday, 1 March 2013
Lembu KK jantan untuk dijual
Fidlot lembu ALA Agro Park sudah mula beroperasi pada 24 Februari 2013. Sebanyak 80 ekor Lembu KK jantan sedia untuk dijual.
Sesiapa berminat, sila telefon 0142907471.
Anda juga boleh datang terus ke ALA Agro Park,
Pantai Senak, Bachok, Kelantan.
Masa untuk melihat lembu:
Hari: Ahad - Khamis
Masa: 9 pagi - 5 petang.
Harga seekor lembu bermula daripada RM1950
termasuk kos penghantaran.
Thursday, 7 February 2013
Flora
Bersantai sambil memerhati flora yang terdapat di sekitar ALA Agro Park. Ohh.. nyaman dan tenang sekali.
Saturday, 2 February 2013
Satria Penjaga Ladang
Sejak kebelakangan ini banyak kecurian berlaku di Kampong Senak. Petani merungut apabila berlaku kecurian pam air dan sebagainya. Ada juga yang hilang binatang peliharaan seperti lembu, biri-biri dan kambing.
Kawasan ALA Agro Park yang seluas 50 ekar sebelum ini dijaga oleh dua orang pekerja secara bergilir-gilir. Sejak semakin banyak kecurian berlaku di luar kawasan ALA Agro Park, pihak pengurusan telah menambah seekor jaga yang bernama Satria, iaitu seekor anjing Rottweiller yang telah dilatih oleh Kittun Kennel.
Keputusan mengambil Satria dibuat setelah merujuk kepada ulamak tentang hukum menggunakan anjing untuk tujuan menjaga ladang.
Monday, 21 January 2013
Lembu Fidlot
ALA Agro Park sedang membina kandang untuk menternak lembu secara
fidlot. Fidlot ialah mentemak lembu pedaging secara sentiasa berkurung
dengan memberi makanan yang bermutu serta air secukupnya untuk membesar dan
menggemukkan lembu dalam masa yang singkat.
Mentemak lembu secara fidlot boleh dipertimbangkan sekiranya sudah
dikenalpasti dan ditentukan sumber makanan lembu yang bermutu dengan harga yang
berpatutan, bekalan lembu pengganti (feeder) yang sesuai dan tempat untuk
pasaran. la fidak memerlukan kawasan tanah yang luas. Sumber makanan lembu
di ALA Agro Park ialah rumput Napier, rumput minyak dan bahan daripada pokok jagung.
Menternak lembu fidlot perlu ada sistem:
- Sekali
masuk sekali keluar - memelihara sekumpulan lembu sahaja sehingga tamat
penggemukan. Selepas dijual habis barulah dimasukkan kumpulan baru. Anak
lembu jantan yang muda beratnya kira-kira 150 -200 kg digemukkan di dalam
kandang. Dalam masa tidak lebih 6 bulan, lembu itu akan mencapai berat
antara 330 - 350 kg. dan boleh dijual untuk disembelih.
- Masuk
keluar berterusan - memelihara beberapa kumpulan lembu secara
berperingkat-peringkat berterusan mengikut tempoh tertentu, misalnya
tiap-tiap bulan. Jumlah temakan akan tetap apabila semua peringkat
kumpulan telah dipenuhi.
Bekalan lembu tempatan yang sesuai untuk diternak secara fidlot
adalah terhad. Satu cara untuk mendapatkan bekalan satu kumpulan lembu
pengganti yang sama besar ialah melalui import. Kandang dan kemudahan yang
kukuh serta pemberian makanan dan air yang cukup adalah faktor utama kejayaan.
Sumber rujukan: http://www.dvs.gov.my/web/guest/fidlot
Subscribe to:
Posts (Atom)

