Sunday 30 December 2012

Pertanian Integrasi

Malaysia perlu mengatasi masalah pengeluaran agromakanan dengan memaksimumkan penggunaan tanah pertanian melalui kaedah integrasi dalam satu kawasan, misalnya tanaman jagung dan kelapa serta menjalankan aktiviti ternakan. Dengan cara ini, tanah pertanian dapat dibangunkan secara optimum.

Tanggungjawab untuk memastikan bekalan makanan negara terus terjamin kini tergalas di bahu generasi muda yang bakal menjadi pelapis petani moden. Tahun lalu, negara mengimport makanan berjumlah RM34.35 bilion dengan nilai eksport RM20.5 bilion. 

Belia dan siswazah tidak perlu bimbang kerana semua agensi di bawah kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersedia membantu dalam pelbagai aspek daripada peringkat latihan, pembiayaan dan pasaran. Penglibatan siswazah yang bertindak sebagai pengurus, dapat membantu mewujudkan peluang pekerjaan dalam kalangan masyarakat setempat.

'PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN"

- Dipetik daripada Majalah Agrobiz, 29 Disember 2012.

No comments:

Post a Comment