Sunday, 30 December 2012

Pertanian Integrasi

Malaysia perlu mengatasi masalah pengeluaran agromakanan dengan memaksimumkan penggunaan tanah pertanian melalui kaedah integrasi dalam satu kawasan, misalnya tanaman jagung dan kelapa serta menjalankan aktiviti ternakan. Dengan cara ini, tanah pertanian dapat dibangunkan secara optimum.

Tanggungjawab untuk memastikan bekalan makanan negara terus terjamin kini tergalas di bahu generasi muda yang bakal menjadi pelapis petani moden. Tahun lalu, negara mengimport makanan berjumlah RM34.35 bilion dengan nilai eksport RM20.5 bilion. 

Belia dan siswazah tidak perlu bimbang kerana semua agensi di bawah kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersedia membantu dalam pelbagai aspek daripada peringkat latihan, pembiayaan dan pasaran. Penglibatan siswazah yang bertindak sebagai pengurus, dapat membantu mewujudkan peluang pekerjaan dalam kalangan masyarakat setempat.

'PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN"

- Dipetik daripada Majalah Agrobiz, 29 Disember 2012.

Saturday, 29 December 2012

Jadi Petani Global

Pada zaman moden ini, golongan petani perlu muncul sebagai pelaku dalam jaringan pembekal  global. Penglibatan golongan muda termasuk siswazah amat penting kerana negara memerlukan pelapis bagi meneruskan kelangsungan aktiviti pertanian.

Bagi memenuhi keperluan bekalan makanan negara, kita tidak boleh lagi bergantung kepada sumber makanan yang dimport dari negara-negara luar. Atas tuntutan itu, kerajaan telah memperluaskan fokus sektor pertanian di dalam bidang Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2011-2020.

"PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN"

--- Dipetik daripada Majalah Agrobiz 29 Disember 2012.

Thursday, 27 December 2012

Monday, 24 December 2012

Lokasi Ladang


Sunday, 23 December 2012

Lembu Brahman dan Limousine

Di ladang kami juga terdapat lembu jenis Brahman dan Limousine. Sebarang pertanyaan sila email ke alaagropark@gmail.com

 

Saturday, 22 December 2012

Lembu-lembu Sekalian




















Lembu Charolais

ALA Agro Park Kelantan mula beroperasi pada awal bulan Disember 2012. Lokasinya ialah berhampiran Pantai Senak, Bachok, Kelantan. Sehingga hari ini terdapat sebanyak 25 ekor induk lembu Charolais. Sesiapa yang merancang untuk menempah anak lembu Charolais, sila email ke alaagropark@gmail.com