Friday 11 April 2014

Jabatan Veterinar Kota Bharu dan Pelajar Veterinar UMK Buat AI

Team Jabatan Veterinar Kota Bharu dan pelajar-pelajar veterinar Universiti Malaysia Kelantan turun ke ladang untuk proses AI ke atas 25 ekor induk.






Thursday 3 April 2014

Lawatan YaPEIM

Delegasi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) telah melawat ladang pada 3 April 2014 untuk membincangkan jalinan kerjasama bersama ALA Agro Park.






Wednesday 2 April 2014

Permanian Beradas


Permanian beradas (AI) dibuat dengan kerjasama Jabatan Veterinar Kota Bharu, Kelantan pada 30 March 2014.




APA ITU PERMANIAN BERADAS?


Permanian beradas adalah satu cara boatan untuk mengahwinkan ternakan di mana benih ternak jantan (air mani) dimasukkan ke dalam alat kelamin ternak betina dengan menggunakan alat-alat tertentu.

KENAPA PERMANIAN BERADAS?


Dengan membiakkan ternakan melalui permainan beradas boleh:


  1. CEPAT dan PESAT membesar
  2. LEBIH menghasilkan daging
  3. LEBIH banyak mengeluarkan susu
  4. melahirkan anak yang lebih baik dari induknya, iaitu yang
  5. memperluaskan penggunaan benih lembu pejantan baka yang bermutu tinggi
  6. menjimatkan masa, tenaga dan wang penternak kerana tidak perlu memelihara lembu pejantan.
  7. mencegah daripada jangkitan penyakit kelamin.


BILAKAH WAKTU YANG PALING SESUAI LEMBU DIPERMANIKAN?


Ternak betina hanya boleh dipermanikan apabila ia menunjukkan tanda-tanda BIANG atau mahu mengawan.

APAKAH TANDA-TANDA BIANG YANG BOLEH DI LIHAT? APAKAH TANDA-TANDA BIANG YANG BOLEH DI LIHAT?


Tanda utama lembu betina mahu mengawan ialah apabila ia RELA DlPANJAT OLEH LEMBU~LEMBU LAIN, lain-lain tanda adalah:

1. berkelakuan luar biasa dan resah menggelisah
2. sentiasa melenguh-lenguh
3. kemaluannya lembab, kemerahan, bengkak dan mengeluarkan lendir
4. kadangkala selera makan dan pengeluaran susunya berkurangan.

BERAPA LAMAKAH JANGKA MASA BERAHI INI WUJUD?


Jangkamasa berahi ini wujud selama 24 jam sahaja. Oleh itu sebagai panduan kasar, apabila tanda-tanda berahi dilihat di sebelah pagi, lembu hendaklah dipermanikan di sebelah petang hari itu juga. Jika tanda-tanda tersebut dikesan di sebelah petang permanian akan dilakukan pada awal pagi keesokkan harinya. Lembu yang sihat dan tidak bunting akan datang biang tiap-tiap lebih kurang 21 hari.

APAKAH KEPERLUAN ASAS YANG PATUT DISEDIAKAN?

Anda tidak perlu menyediakan banyak peralatan cuma sediakan tempat yang sesuai di mana ternakan boleh diikat dan pemeriksaan boleh dilakukan. Tetapi sebaik-baiknya sediakan pasung bagi tujuan permanian.



Rusa

Kami juga membekalkan rusa untuk ternakan atau daging.
Sesiapa berminat sila hubungi kami 0199196961 atau 0199196960