Thursday 7 February 2013

Flora

Bersantai sambil memerhati flora yang terdapat di sekitar ALA Agro Park. Ohh.. nyaman dan tenang sekali.






Saturday 2 February 2013

Satria Penjaga Ladang

Sejak kebelakangan ini banyak kecurian berlaku di Kampong Senak. Petani merungut apabila berlaku kecurian pam air dan sebagainya. Ada juga yang hilang binatang peliharaan seperti lembu, biri-biri dan kambing. 

Kawasan ALA Agro Park yang seluas 50 ekar sebelum ini dijaga oleh dua orang pekerja secara bergilir-gilir. Sejak semakin banyak kecurian berlaku di luar kawasan ALA Agro Park, pihak pengurusan telah menambah seekor jaga yang bernama Satria, iaitu seekor anjing Rottweiller  yang telah dilatih oleh Kittun Kennel.

Keputusan mengambil Satria dibuat setelah merujuk kepada ulamak tentang hukum menggunakan anjing untuk tujuan menjaga ladang.